Friday 22 February 2013

Selagi Dia.

perjalanan hidup ni masih jauh. walaupun umur dah mencecah 100tahun, ia masih jauh. tapi tujuan hidup sama antara kita, mengenali diri sendiri. apabila mengenali diri sendiri perlulah Ilmu kan?
setiap apa jua didalam dunia ini, perlukan Ilmu. tidak kira ia berkait dengan apa bidang atau cabang sekali pun. hakikatnya ilmu itu berhubung antara satu sama lain TANPA kita sedar.

Ilmu boleh diperoleh dengan pelbagai cara, yang baik dan yang buruk. cuma kita yang menentukan arah mana yang kita hendak ikuti. selagi niat tidak lagi dari KERANA ALLAH, selagi itu teruskanlah. tatkala kita bermenung, bergembira, berduka, berjalan, berlari dan apa pun. Ilmu tetap boleh didapatkan.

tanpa Ilmu, kita tidak mengetahui akan sesuatu itu. tanpa Ilmu, kita juga tidak mampu melihat apa yang berada di hadapan. tanpa Ilmu juga, kita tidak mampu menoleh untuk mengambil pengajaran dari kejadian yang sudah berlalu.

sepertimana aku, Ilmu aku utamakan. tidak kira masa dan ketika, aku sentiasa dahagakan Ilmu. Ilmu yang bermanfaat, boleh dikembangkan dan boleh digunakan. tiada istilah Ilmu yang dilarang atau Ilmu yang salah. kerana setiap Ilmu itu kepunyaan Dia.

Ilmu dengan sikap dan fikiran yang positif, berbeza sekali jika dibandingkan Ilmu dengan sikap dan fikiran yang negatif. selagi mana positifnya kita dengan Ilmu serta kegunaannya, selagi itu ia bermanfaat. begitu juga sebaliknya.

dan perlu diingat, tiap apa perbuatan hatta ketika bernafas sekalipun. sertakanlah dengan kalimah Kerana Allah.

Kehendak Dia. Cara Dia ;)

pernah tak kita berusaha apa2 pun tapi tetap tak dapat seperti yang diinginkan? selalu terjadi kan?
itu perkara biasa yang dialami setiap makhluk bergelar manusia. ia terjadi tidak kira apa sekalipun.

yang selalu terjadi adalah CINTA. itu yang sering menimpa setiap insan tak kira lelaki mahupun perempuan.

yang aku nak kongsikan kisah aku, bila hendak bercinta ni. tak dinafikan memang ada niat nak bercinta macam orang lain jugak. tapi seringkali Allah beri aku ujian yang pelbagai dalam menempuh perkara cintan cintun ni.

memilih tu perkara biasa bila berkait dengan hal2 cinta ni dan dari pelbagai sudut. macam aku ni, ujian hati tu lagi banyak. bila aku mencari memeang takkan ada, TAPI bila aku buat tak endah tu mulalah berduyun tunggu respon dari aku. camne tu? >__<"

ada pulak bila aku dah sedia bagi komitmen, dianggapnya aku dengan dia tak sepadan (gitu pulak). =..=''
ada pulak bila aku nak fokus benda2 penting dikatanya aku pentingkan diri. camne lak? :)

last2, aku buat pendekatan mudah. berkawan, dan terus berkawan. jika ada jodoh dari Dia (jika diizinkanNya), aku terima seadanya. :)

*ada yang bagitau aku, mungkin ini cara Allah nak temukan aku dengan yang betul2 sesuai dengan aku* wallahulam ;)

Thursday 21 February 2013

Pertama Kali


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
ini merupakan cubaan pertama menjadi seorang blogger dalam melaksanakan tuntutan diri sebagai insan bergelar Khalifah.

Ini perkara yang janggal sebab kali pertama buat blog dan selalu update di laman2 sosial bagi menyampaikan sesuatu yang perlu dan penting sebagai wadah kepada masyarakat.

Salam perkenalan kepada semua yang singgah di blog ini.

*blog akan diupdate tak kira waktu* :)