Friday 22 February 2013

Selagi Dia.

perjalanan hidup ni masih jauh. walaupun umur dah mencecah 100tahun, ia masih jauh. tapi tujuan hidup sama antara kita, mengenali diri sendiri. apabila mengenali diri sendiri perlulah Ilmu kan?
setiap apa jua didalam dunia ini, perlukan Ilmu. tidak kira ia berkait dengan apa bidang atau cabang sekali pun. hakikatnya ilmu itu berhubung antara satu sama lain TANPA kita sedar.

Ilmu boleh diperoleh dengan pelbagai cara, yang baik dan yang buruk. cuma kita yang menentukan arah mana yang kita hendak ikuti. selagi niat tidak lagi dari KERANA ALLAH, selagi itu teruskanlah. tatkala kita bermenung, bergembira, berduka, berjalan, berlari dan apa pun. Ilmu tetap boleh didapatkan.

tanpa Ilmu, kita tidak mengetahui akan sesuatu itu. tanpa Ilmu, kita juga tidak mampu melihat apa yang berada di hadapan. tanpa Ilmu juga, kita tidak mampu menoleh untuk mengambil pengajaran dari kejadian yang sudah berlalu.

sepertimana aku, Ilmu aku utamakan. tidak kira masa dan ketika, aku sentiasa dahagakan Ilmu. Ilmu yang bermanfaat, boleh dikembangkan dan boleh digunakan. tiada istilah Ilmu yang dilarang atau Ilmu yang salah. kerana setiap Ilmu itu kepunyaan Dia.

Ilmu dengan sikap dan fikiran yang positif, berbeza sekali jika dibandingkan Ilmu dengan sikap dan fikiran yang negatif. selagi mana positifnya kita dengan Ilmu serta kegunaannya, selagi itu ia bermanfaat. begitu juga sebaliknya.

dan perlu diingat, tiap apa perbuatan hatta ketika bernafas sekalipun. sertakanlah dengan kalimah Kerana Allah.

No comments:

Post a Comment